Search This Blog

Saturday 1 October 2011

Sikap kita ???Masih yang lama...!!!!

As salam dan selamat pagi kepada semua..walaupun entry nie xmndapat sambutan,tetap ku teruskan jua....hihi dh tau laa..

Tajuk kita pagi ni adalah sikap? apa itu sikap?.Mengikut pandangan saya,sikap ni macam perbuatan yang di amalkan oleh seseorang tu dlam kehidupan.Sikap ni memang sangat penting sebenarnya.

Sikap sama ada baik atau buruk mempengaruhi minda,kehidupan seseorang itu.Kalau sikap kita terdorong nak buat sesuatu yang selaras dengan hukum syara' kan sesuatu yang bagus..good for us. 
Sebab kita je yang mampu ubah diri kita sama ada nak jadi manusia atau sekadar manusia yang ada jasad namun tak terisi dengan cahaya iman.
Sikap membantu kita untuk cipta peribadi yang mantap.Apabila kita tak terpengaruh dengan unsur unsur negatif ,minda kita lebih terbuka dan tajam.Hati pon lebih suci.Kebiasaan orang yang mepunyai atau memiliki sikap yang baik akan di hormati oleh orang sekitar dan sebgainya.
Sikap?? banyak sikap yang di miliki oleh manusia ni,contoh la kan,baik,pemurah,suka senyum,suka gelak...tapi apa yang menjadikan sikap itu satu faktor kepada kejayaan dan kejatuhan seseorang itu.
Faktornya ialah perbuatan baik yang di amalkan!.Sebarang perbuatan baik yang kita amalkan akan mendapat redha Allah.Justeru,kita semua perlu sedar untuk kita tau bagaimana sebenar sikap kita??

Macam mana sikap kita dengan Pencipta kita?? macam mana sikap kita dengan  ibu bapa kita? adakah kita berbuat dengan sepatutnya atau kita hanya makhluk dan anak yang cuma yang tiada rasa hormat.
Wahai semua saudaraku,saya sebenarnya hanya ingin mengingatkan diri sendiri sahaja...betapa diri ini serba kekurangan yang tidak dapat di banding dengan saudara sekalian..

2 comments:

  1. Perbezaan sikap manusia memberikan warna-warni dalam kehidupan...

    ReplyDelete

let's join.. :)